Part 4
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Bahagian ini adalah yang terakhir untuk forum saya... ^_^
Keadaan kesihatan mental kanak-kanak presekola dan sekolah rendah di Malaysia.
Pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia ? Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi ? Bincangkan...
Assalamualaikum kepada saudari. Kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang mengalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka. Malah, kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu , kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.
ReplyDeleteAnak-anak yang berusia 12 tahun ( darjah 6 ) yang paling ketara akan mengalami stres yang sangat tinggi kerana mereka perlu menghadapi UPSR. Sudah tentu, ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap anak-anak mereka untuk mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Namun, ibu bapa dan masyarakat sering terlepas pandang tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka akibat kepentingan diri mereka sendiri ini.
Secara keseluruhannya,saya amat bimbang seandainya keadaan kesihatan mental kanak-kanak menghadapi stress yang tinggi. Justeru itu, saya meminta agar semua masyarakat bekerjasama untuk memantau keadaan kesihatan mental mereka.
Terima kasih kepada saudari nadya atas pandangan anda. ya, seperti yang kita ketahui zaman sekarang ini ramai kanak-kanak mengalami stress yang tinggi. Berbeza pada zaman dahulu yang kurang stress terhadap masalah yang dihadapi. Hal ini kerana pada zaman dahulu kanak-kanak sanagat mementingkan aktiviti bermain kerana dengan bermain mereka berasa gembira.
DeleteTerima kasih atas penerangan saudari itu.
Assalamualaikum saudari shakinah. Pada pandangan saya yang dapat saya berikan berdasarkan tajuk forum yang ke empat ini. Ia mengulas secara langsung terhadap suasana persekitaran sekolah yang sangat efektif terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, apa yang dapat saya kongsikan kepada saudari bahawa tahap kesihatan mental kanak-kanak semakin merundum sejak akhir-akhir ini. Lantaran itu, masalah ini haruslah dicegah oleh pihak yang wajib menjaga kebajikan kanak-kanak. Contohnya, kajian kaunseling terhadap beberapa pelajar sekolah yang mengalami masalah stress yang tinggi, wal hal pada zaman kanak-kanak seharusnya mereka tidak mengalami masalah tekanan jiwa. Hal ini, sememangnya memberikan kesan yang buruk terhadap kehidupan kanak-kanak tersebut. Kerana kanak-kanak yang mengalami tekanan diusia ini akan mengalami banyak masalah sosial terutama sekali isu kanak-kanak berani lari dari rumah kerana takut akan ibubapa yang garang yang sering mendera mereka. Ini mengakibatkan pergaulan kanak-kanak tersebut akan mula tercemar kerana mereka akan bergaul dengan orang yang dapat melindungi mereka dari dicederakan. Namun, adakalanya mereka tersalah memilih golongan yang dapat melindungi mereka iaitu mereka ini yang akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan diri kanak-kanak tersebut.
ReplyDeleteWaalaikumsalam saudari Ruhaimah. Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Ya, saya bersetuju atas pandangan yang diberikan itu. pelbagai pihak perlu mengambil berat mengenai isu ini terutama pihak ibubapa. Di peringkat kanak-kank ini, seharusnya mereka bermain bagi meningkat perkembangan mereka secara konsisten. Tidak perlu dipaksa untuk melakukan kerja dimana bukan dari segi bidang dan kemampuan mereka.
DeleteTerima kasih sekali lagi pada saudari atas penerangan anda.
Kecerdasan emosional membantu kita berhubungan dengan orang lain, bertingkah laku dengan cara yang dapat diterima oleh masyarakat, belajar memainkan peran sosial dimasyarakat serta mengembangkan sikap/tingkah laku sosial terhadap individu lain dan aktivitas sosial yang ada di masyarakat. Dalam menentukan kesuksesan karir pun kecerdasan emosional memainkan peranan penting. Mampu bekerjasama dalam tim adalah contoh dari perilaku emosional yang cerdas, sehingga menyelesaikan sebuah tugas secara bersama dan meraih sukses.
ReplyDeleteselain itu,Dalam dunia kerja, peranan IQ atau Intelligence Quotient juga penting. IQ adalah ukuran kecerdasan intelektual seseorang yang dinilai berdasarkan kemampuan kognitif, penalaran, dan logika. Tapi memiliki tingkat inteligensia yang tinggi ternyata tidak serta-merta menjamin seseorang jadi orang yang sukses. Banyak pakar menganalisa bahwa IQ yang tinggi tidak berbanding linier dengan kesuksesan. Hal ini menunjukkan bahwa banyak orang berpendidikan tinggi tetapi belum tentu punya tingkat kecerdasan emosi yang baik (belum cerdas emosinya).
IQ tetap perlu didukung kecerdasan emosional (Emotional Intelligence/EI atau sebelumnya disebut Emotional Quotient/EQ). Kini, kecerdasan emosional menjadi salah satu hal penting dalam dunia bisnis.
Kita sudah mengetahui bahwa orang-orang paling sukses bukanlah yang paling cerdas atau yang paling tercukupi hidupnya. Anda mungkin kenal seseorang yang cerdas tapi ternyata kurang sukses dalam pekerjaan atau hubungan pribadinya. Nah, di sinilah kecerdasan emosional berperan penting dalam kehidupan. IQ membantu untuk menyerap ilmu yang diperlukan dalam pekerjaan, tetapi kecerdasan emosional membantu kita untuk mengelola stres dan emosi serta menyelesaikan masalah dalam pekerjaan.
Ada banyak orang di belahan dunia ini yang sangat hebat di bidang akademis tetapi mereka tidak mampu dengan baik berhubungan dengan orang lain (bergaul). Kecerdasan akademik tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu sukses dalam menjalani kehidupannya, akan tetapi kecerdasan akademik (IQ) dapat membantu seseorang mendapatkan pekerjaan dan mencari nafkah lebih mudah dan tidak menunjukkan kepadanya bagaimana untuk hidup yang lebih baik.
Terima kasih pada saudari atas peneranagnya. Wah, melalui peneranagn anda banyak imput dan malumat baru yang boleh saya dapat. Ya, saya setuju terhadap cadangan saudari itu. kecerdasan itu tidak menjadikan seseorang itu sukses dalam kehidupannya malahan kecerdasan emosi yang banyak membantu diri terutama dalam menanggani masalah stress. Ini kerana ianya akan mempengaruhi setiap aspek harian kita.
DeleteTerima kasih sekali kepada saudari atas cadangan anda.
Assalamualaikum saudari. pada pandangan saya keadaaan kesihatan dan mental kanak-kanak di pra-sekolah dan sekolah rendah berada di tahap yang kurang memuaskan. Hal ini kerana dalam era globalisasi yang kian mencabar dan memerlukan berada di kemuncak pemodenan dunia, kebanyakan ibubapa lebih banyak masa berhadapan dengan kerjaya dan berlumba-lumba untuk mengecapi kemewahan duniawi mereka berbanding dengan anak-anak mereka. Ini menyebabkan kebanyakan ibubapa kurang masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka dan seterusnya menyebabkan pengabaian terhadap anak-anak mereka. kanak-kanak yang terabai akan merasakan diri mereka kurang disayangi dan selalu menyendiri. Hal ini amat menganggu kesihatan mental anak-anak .Ini seterusnya , menjeremuskan kanak-kanak ke arah yang negatif di mana kanak-kanak akan mencari keseronokan dan mencari ketenangan diluar dengan bergaul dengan kanak-kanak yang berkelakuan kurang baik. Di sini timbulnya pelbagai masalah seperti kanak-kanak akan ketinggalan dalam pelajaran serta sentiasa mencari peluang untuk ponteng sekolah. Di sini peranan ibu bapa amat penting dalam memberikan kasih sayang serta perhatian yang secukupnya kepada akan-anak agar tidak berlaku hal yang tidak diingini. Dan ini juga bagi bagi menjaga kesihatan dan mental anak-anak agar sentiasa stabil. Sekian, terima kasih.
ReplyDeleteWaalaikumsalam saudari. Terima kasih atas komen anda. Dalam hal ini, sememangnya ibubapa perlu mengambil berat atas masalah ini. Ini kerana mereka merupakan peranan yang penting dalam membimbing anak-anak mereka terutama bila mereka masih kecil lagi. Setiap kanak-kanak ini mempunyai hak mereka sendiri. Mereka tidak seharusnya mengalami masalah emosi ini terutama masalah stress. Hal ini akan menghasil proses perkembangan diri mereka dalam kehidupan seharian mereka.
DeleteAkhir kata, ya saya setuju atas pandangan saudari itu.