Assalamuailkum dan selamat sejahtera,,,,ini adalah forum yang seterusnya,,,
PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK,
Bincangkan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Bincangkan.
Pada pendapat saya,rakan sebaya mampu memberi impak yang besar dalam membantu perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Zaman kanak-kanak merupakan satu dimensi dimana kanak-kanak berada dalam proses untuk mengenali dan mengadaptasikan diri dengan keadaan sekeliling. Sebagai contoh, kanak-kanak dapat mengembangkan otak mereka dengan bermain dan bermain dengan rakan-rakan mempercepatkan proses perkembangan otak kanak-kanak. Ini merupakan proses pembelajaran tidak formal dimana mereka mendapat pengajaran melihat, bermain, dan bertanya. Apabila bersama dengan rakan-rakan, mereka akan lebih aktif, ketika bermain, belajar dan meningkatkan kadar perkembangan sosioemosi. Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif, mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Ini merupakan pendapat yang mampu saya berikan dan semoga ia dapat membantu.
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan saudari itu. Saya bersetuju dengan saudari. Rakan sebaya ini banyak memberikan impak sama ada baik mahupun buruk pada diri kanak-kanak. Oleh itu ibubapa harus memerhatikan tingkah laku anak-anak mereka.
DeleteAssalamualaikum,izinkan saya memberi pendapat saya serba sedikit.Pertama sekali,saya ingin menerangkan maksud rakan sebaya.Rakan sebaya merupakan individu yang paling rapat dengan kita.Rakan sebaya juga boleh dikatakan individu yang mempunyai lingkungan umur dan minat yang sama serta sering melakukan aktiviti sosial bersama.Dalam topik ini,rakan sebaya memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak selain daripada ibu bapa.Di luar rumah,kanak-kanak lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding ibu bapa.Oleh itu,ibu bapa mestilah memantau dengan siapa anak-anak mereka berkawan.Hal ini adalah kerana,rakan sebaya boleh memberi pengaruh positif dan negatif terhadap individu kanak-kanak itu.Jika kanak-kanak mempunyai rakan sebaya yang baik akhlaknya,maka akan membentuk moral yang baik dalam diri kanak-kanak itu.Selalunya ,gejala yang tidak sihat yang semakin berleluasa sekarang ini disebabkan pengaruh rakan sebaya.Namun begitu , tidak semua rakan sebaya mempunyai pengaruh yang tidak baik.Secara positifnya,rakan sebaya mempengaruhi kanak-kanak secara pujukan ataupun paksaan.Tetapi dengan cara ini juga dapat memberi sokongan yang jitu tidak kira sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum.Pengaruh kuat Rakan Sebaya boleh digunakan seacara konstruktif untuk membentuk tingkah laku yang positif di kalangan mereka. Sekian, terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih pada saudari atas pandangan anda. Ibubapa perlu mengetahui dengan siapa mereka berkawan dan bagaimana sikap kawan-kawan mereka.
DeleteRakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.
ReplyDeleteKadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.
Selain itu, dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.
Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan,
rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
Terima kasih saudari. rakan sebaya juga banyak membantu perkembangan sosial kanak-kanak. Walaubagaimanapun, ibubapa perlu mengawasi dan mengetahui dengan siap anak-anak mereka itu berkawan.
DeletePada pandangan saya, memang benar rakan sebaya sememangnya memberi impak yang besar dalam proses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Zaman kanak-kanak merupakan suatu era dimana mereka berada dalam tempoh bagi mengenal dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling.Misalnya,kanak-kanak dapat kembangkan otak mereka dengan bermain dan bersaing secara sihat dengan rakan sebaya.Sesungguhnya, bermain bersama rakan-rakan adalah salah satu cara mempercepatkan lagi proses perkembangan otak kanak-kanak.selain itu,dengan bermain dan bersama dengan rakan-rakan sebaya,mereka akan lebih cepat memproses apa yang dilihat,didengar,dan dipelajari pada hari itu dengan lebih cepat dan efektif kerana mereka gembira dan rela dalam suasana yang menghiburkan serta riang hati.Kadang-kadang, kanak-kanak akan lebih gembira apabila bersama rakan sebaya berbanding keluarga mahupun ibubapa sendiri.Mungkin kerana rakan sebaya lebih memahami jiwa dan kehendak sesama mereka disebabkan mereka berkongsi umur yang sama.Jadi tidak hairanlah jika sek otak kanak-kanak akan lebih cepat berhubung dan memproses sesuatu yang dilakukan seseorang kanak-kanak apabila bersama rakan-rakan.Oleh itu,rakan-rakan seolah-olah mempunyai satu kuasa dalam mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak dan dalam memproses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang dan memproses sesuatu secara sihat dan terkawal baik,kanak-kanak mendapat peluang belajar dalam mengawal emosi,cara berfikir,dan bertindak positif dalam menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.Otak kanak-kanak adalah yang paling segar dan aktif atas faktor umur mereka masih muda.Disebabkan itu mereka mudah menyerap dan ingat semua yang mereka pelajari.
ReplyDeleteDiharapkan pendapat saya ini memberi input kepada anda. Sekian wassalamualaikum.
Terima kasih saudari. Melalui rakan sebaya ianya banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi sosial dan juga perkembangan emosi mereka.
Delete